[VIDEO] Dr Mahathir stabil di IJN, kata sumber


Hasmizar Hassan Sumardi Susilo

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berada dalam keadaan stabil hari ini selepas dimasukkan ke dalam wad di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) di Institut Jantung Negara, kata sumber.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan tentang keadaan pemimpin berusia 96 tahun itu, tetapi para petugas media sedang berkumpul di luar hospital bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Dr Mahathir baharu keluar daripada rawatan di IJN pada 13 Januari lalu, selepas dimasukkan ke hospital pada 7 Januari untuk prosedur perubatan elektif. – 22 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen