[VIDEO] Polis dapat perintah mahkamah sekat demo anti Azam Baki


EKORAN tular di media sosial bahawa terdapat beberapa individu dan pihak yang akan menganjurkan perhimpunan di ibu negara esok, polis mendapat perintah mahkamah melarang himpunan itu diadakan.

Himpunan tersebut dirancang sebagai protes ke atas ketua agensi antirasuah Azam Baki yang didakwa memiliki jumlah saham yang melampau.

Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata perintah dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur itu melarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen