[VIDEO] Perkembangan terkini Dr M, petugas media berkampung di IJN


Hasmizar Hassan

SUSULAN perkembangan kesihatan negarawan Dr Mahathir Mohamad, para petugas media berkampung di Institut Jantung Negara (IJN) sejak tengahari tadi.

Ia susulan timbul dakwaan Dr. Mahathir kini dikhabarkan dalam keadaan membimbangkan.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini dimasukkan ke IJN pada awal Januari lalu.

Difahamkan beliau menjalani prosedur perubatan elektif di hospital berkenaan.

Sementara pada 16 Disember lalu, Dr Mahathir turut dimasukkan ke IJN buat kali pertama bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar hospital kira-kira lapan hari kemudiannya.

The Malaysian Insight sedang menghubungi pegawai Dr Mahathir untuk perkembangan lanjut. – 22 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen