[VIDEO] Parlimen tidak bahas usul isu Azam Baki hari ini, kata Speaker


SPEAKER Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menolak usul untuk membincangkan isu kontroversi Azam Baki kerana ia tiada dalam agenda dalam sidang khas hari ini.

“Walaupun saya menerima usul (untuk membahaskan isu kontroversi Azam) peraturan hari ini sudah pun ditetapkan oleh kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 11 (3).

“Memandangkan saya tidak menerima sebarang arahan baharu, saya tidak mempunyai kuasa untuk mengubahnya dan kita akan meneruskan agenda yang ditetapkan,” kata Azhar kepada Dewan Rakyat selepas perkara itu dibangkitkan oleh beberapa ahli Parlimen pembangkang. – 20 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen