[VIDEO] Portal bantuanbanjir.com sediakan maklumat bantuan mangsa banjir, kata menteri


PORTAL bantuanbanjir.com dibangunkan oleh Kementerian Kewangan bagi menghimpunkan pelbagai pautan dalam satu laman sesawang bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan bantuan banjir.

Menterinya, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata senarai penuh bantuan kerajaan seperti Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan bantuan lain bagi membaiki rumah serta baucar membaiki kenderaan tersedia di bawah portal tersebut.

Secara keseluruhan, sejumlah RM1.4 bilion telah diperuntukkan bagi mangsa banjir di negara ini, dengan bantuan boleh mencecah RM61,000 bagi mangsa banjir yang terlibat. – 17 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen