[VIDEO] Muhyiddin pertahan lantikan Azam Baki ketuai SPRM teratur


PELATIKAN Azam Baki sebagai pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat secara teratur mengikut proses dan prosedur, kata bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said yang mempersoalkan proses pelantikan Azam selepas ketua agensi antirasuah itu dikaitkan dengan isu pemilikan berjuta-juta saham dan waran pada 2015 dan 2016.

Azam dilantik mengetuai SPRM berkuatkuasa 9 Mac 2020 selepas ketua pesuruhjaya sebelumnya Latheefa Koya letak jawatan susulan peralihan kerajaan Perikatan Nasional menggantikan Pakatan Harapan. – 10 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen