[VIDEO] Muda nafi dakwaan guna duit sumbangan mangsa banjir beli arak


PRESIDEN Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan menggunakan duit sumbangan bagi mangsa banjir untuk membeli arak.

Tuduhan itu timbul ekoran tular beberapa keping gambar yang mendakwa ahli parti itu ‘berpesta’ minum bir menggunakan duit sumbangan banjir.

Ahli Parlimen Muar itu menganggap dakwaan itu dilakukan kerana ada pihak mahu menjatuhkan partinya sejak kebelakangan ini. – 5 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen