[VIDEO] Peniaga, penduduk bantah projek lebar jejambat Jalan Yew


Jeremy Seng Fikri Ghazali

PENJAJA, peniaga dan penduduk di Jalan Yew, Kuala Lumpur hari ini mengadakan bantahan aman bagi menolak cadangan untuk melebarkan jejambat Jalan Yew-Jalan Sungai Besi, yang didakwa akan merugikan perniagaan mereka.

Projek yang dicadangkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dikatakan bernilai RM90 juta.

Ahli Parlimen Cheras Tak Kok Wai yang turut berada di lokasi berkata, projek tersebut dijadualkan bermula Januari tetapi ditangguhkan selepas pihak berkepentingan menghantar surat bantahan kepada DBKL pada 9 Disember lalu. – 31 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen