[VIDEO] Dr Mahathir keluar IJN selepas seminggu
BEKAS perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas lebih seminggu di sana.
IJN dalam satu kenyataan berkata Dr Mahathir dibenarkan keluar pada 11.30 pagi selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan.
Ahli Parlimen Langkawi yang berusia 96 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 16 Disember untuk “pemeriksaan perubatan penuh dan pemerhatian lanjut”. – 23 Disember, 2021.
Komen