[VIDEO] Mahkamah arah menteri KDN luluskan pendaftaran Muda


Jeremy Seng Sumardi Susilo

MAHKAMAH Tinggi KL hari ini mengarahkan Kementerian Dalam Negeri supaya mendaftarkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam tempoh 14 hari dan membayar kos guaman sebanyak RM10,000.

Arahan ini sekaligus menamatkan perjuangan pendaftaran parti baharu itu sejak September 2020.

Dalam mesej di Twitter rasminya, Muda memaklumkan keputusan Mahkamah Tinggi KL yang mendengar semakan kehakiman selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sebelum ini menolak permohonan mereka. – 14 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen