[VIDEO] Kenyataan 'chopstick' serlah Dr Mahathir berfikiran sempit dan perkauman, kata pemimpin MCA


ANALOGI penggunaan penyepit makanan dalam kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang menggambarkan kegagalan orang Cina berasimilasi menunjukkan dia masih terperangkap dalam pemikiran sempit dan perkauman, kata naib presiden MCA.

Tan Teik Cheng berkata bagi seseorang yang sudah hidup lama menyaksikan penjajahan di bawah British, pendudukan Jepun, kemerdekaan dan pemodenan Malaysia, Dr Mahathir masih memegang “nilai-nilai yang tidak mempunyai tempat dalam masyarakat berbilang budaya Malaysia”.

Tan dalam satu kenyataan di Facebook berkata, biarpun Dr Mahathir sedar tentang komposisi berbilang kaum Malaysia tetapi bekas perdana menteri itu tetap tergila-gila dengan menghasut perbezaan dalam budaya etnik, bahasa dan gaya hidup rakyat sebagai modal politiknya. – 13 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen