[VIDEO] Ismail Sabri pilih jalan selamat 100 hari pertama jadi PM


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

BUKAN tokoh kontroversi sepertimana beberapa Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengambil jalan selamat sepanjang pentadbiran menerajui Putrajaya selama 100 hari.

Semasa menjadi menteri, Naib Presiden Umno itu pernah dikaitkan dengan isu perkauman seperti cadangan beliau agar pengguna memulau peniaga Cina pada 2015.

Ia kemudian mencetuskan idea memperkenalkan pusat perniagaan barangan komputer Melayu sebagai lawan kepada Plaza Lowyat.

Namun keseluruhannya, baik dalam kerajaan mahupun parti, ahli Parlimen Bera ini selalu memilih jalan selamat dan jarang bertembung dengan pemimpin Umno lain. – 10 Disember 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen