[VIDEO] Makan Char Kuey Teow ditemani pocong, pontianak dan jembalang


Syazwana Amir Jeremy Seng Sumardi Susilo

MENIKMATI Char Kway Teow sambil ditemani hantu, suasana itu boleh dirasai di sebuah kedai makan terletak di Gombak, Selangor.

Ibu tunggal anak tiga, Marzidar Zainal menjadi lebih kreatif untuk memajukan perniagaannya yang hampir lumpuh akibat pandemik.

Tamparan pandemik Covid-19, Marzidar hampir nyawa-nyawa ikan meneruskan perniagaan katering yang diusahakannya hampir 10 tahun.

Nekad untuk bangkit daripada pandemik, bermodalkan lebih RM3,000 Marzidar mengubahsuai rumahnya menjadi kedai makan dipenuhi pontianak, pocong dan penanggal.–5 Disember 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen