[VIDEO] Harga barang naik, Anwar gesa campur tangan kerajaan


Sumardi Susilo

LANGKAH segera perlu di ambil Putrajaya bagi mengurangkan harga barang makanan, gesa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum daripada dua badan bukan kerajaan di Parlimen pagi tadi. Ahli Parlimen Port Dickson itu membangkitkan harga sayur yang meningkat kebelakangan ini sehingga mencecah sebanyak 200%.

Petani mendakwa kenaikan mendadak adalah disebabkan pelbagai faktor antaranya kos bahan mentah yang tinggi seperti baja, kekurangan buruh asing dan masalah rantaian bekalan global. – 2 Disember 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen