[VIDEO] Imej kem Zahid makin baik selepas menang Melaka, kata penganalisis


Fikri Ghazali Mohd Farhan Darwis

KUMPULAN penyokong Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dijangka menerima kelebihan selepas kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata penganalisis.

Penyelidik dari Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi berpendapat keputusan itu juga meningkatkan imej pemimpin daripada kumpulan penyokong Ahmad Zahid dalam kalangan ahli Umno.

Antara pemimpin dalam kumpulan itu katanya, termasuklah Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan bekas presiden Najib Razak.

Namun pemimpin Umno pula berpendapat kemenangan PRN menggambarkan kekuatan pemimpin dan ahli keseluruhan.– 1 Disember 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen