[VIDEO] Mahkamah arah harta Sajat disita dan dilelong
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini mengarahkan harta milik usahawan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat disita.
Perkara ini bagi menuntut pampasan berjumlah RM200,000 yang gagal dibayar Nur Sajat kepada bekas stokisnya, OWA Resources Sdn. Bhd.
Perintah penyitaan itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Wahida Md. Nor selepas membenarkan permohonan Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources. – 30 November, 2021.
Komen