[VIDEO] PAS tanding Sarawak, mahu ukur gerak kerja jentera
KEPUTUSAN PAS bertanding dalam PRN Sarawak hujung Disember ini jadi pengukur bagi gerak kerja jentera parti menuju PRU12, kata timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, PAS bertanding bukan untuk melawan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebaliknya untuk mengukur persiapannya menghadapi pilihan raya ketika Covid-19 masih menular.
Tuan Ibrahim juga berkata PAS masih meneliti jumlah kerusi yang akan ditandingi tetapi ia akan kurang daripada 11 kerusi yang ditandinginya pada PRN Sarawak 2016. – 30 November, 2021.
Komen