[VIDEO] Saya sanggup jadi hamba rakyat- kata calon Bebas Norhizam Hassan Baktee


Mohd Farhan Darwis Fikri Ghazali Hasmizar Hassan

CALON bebas Norhizam Baktee berkata beliau adalah wakil rakyat yang perlu dipilih sekali lagi di Pengkalan Batu kerana sanggup berbuat apa sahaja untuk rakyat.

Penyandang DUN yang terkenal sebagai penembak babi liar itu berkata sewaktu menjadi wakil rakyat banyak isu setempat yang telah diselesaikan seperti lesen peniaga tepi jalan, banjir kilat dan mengurangkan populasi babi liar.

Malah katanya, jika beliau tidak membuat tindakan sedemikian, populasi babi liar akan melebihi jumlah penduduk Melaka. – 19 November 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen