[VIDEO] Bekas Adun Umno lompat semula lepas menang? Adly tak bimbang


Syazwana Amir Fikri Ghazali Jeremy Seng

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari menegaskan dua Adun Umno yang diterima PH untuk bertanding di Melaka bukanlah keluar parti sebaliknya dipecat.

Malah, kisah Adun dipecat parti kerana mempunyai prinsip berbeza adalah lumrah dalam landskap politik dan ia terjadi di Malaysia.

Beliau memberi contoh tokoh PH sendiri iaitu Anwar Ibrahim yang dipecat daripada Umno pada 1998.

Justeru, calon Bukit Katil itu berkata pihaknya tidak bimbang potensi Idris Haron dan Azman Hassan akan berpaling tadah kerana percaya prinsip mereka kini menyokong PH. – 19 November 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen