[VIDEO] Adly janji satukan rakyat Melaka, hargai semua wakil rakyat


Mohd Farhan Darwis Jeremy Seng Syazwana Amir Sumardi Susilo

PERKARA pertama yang akan dilakukan calon Ketua Menteri Melaka Pakatan Harapan Adly Zahari, sekiranya gabungan itu diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri kali ini ialah menyatupadukan rakyat dan menghargai setiap wakil rakyat, tanpa mengira parti.

Adly percaya dua langkah itu akan menstabilkan pentadbiran kerajaan negeri untuk bertahan lama.

“Bila kita tadbir negeri, pertama harus dibuat adalah satukan rakyat di Melaka, perkara asas adalah kestabilan politik.

“Sebab itu kita gariskan dalam pelan tindakan (PH) kita harus hargai semua wakil rakyat kerana mereka pemimpin tak kira latar belakang parti,” kata Adly. – 18 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen