[VIDEO] Sukar PH tawan Melaka jika peratus keluar mengundi rendah, kata calon ketua menteri


Mohd Farhan Darwis Jeremy Seng Syazwana Amir Sumardi Susilo

RAKYAT Melaka akan terlepas peluang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan di negeri itu sekiranya peratusan keluar mengundi kurang dari 70%, kata calon Ketua Menterinya Adly Zahari.

Pengerusi Amanah Melaka itu berkata, sukar untuk PH kembali memerintah Melaka jika rakyat enggan keluar mengundi pada 20 November depan.

“Untuk PH kekal berkuasa lebih 70% rakyat keluar mengundi baru membolehkan PH memerintah negeri.

“(Kadar peratus) bawah daripada itu memang ada kesukaran kepada PH itu sendiri,” kata bekas ketua menteri Melaka ke-11 itu, ketika wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insight, di Ibu Pejabat Amanah Melaka, baru-baru ini. – 17 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen