[VIDEO] 6 kerusi BN majoriti tipis? BN yakin kekal malah menang besar


Mohd Farhan Darwis Hasmizar Hassan

BARISAN Nasional (BN) mahu menang 21 kerusi daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 kali ini, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Melaka Mohamad Ali Mohamad.


Calon BN di kawasan DUN Sungai Udang yakin BN boleh menang di kerusi marginal, iaitu yang mempunyai kurang majoriti 1,000 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-15.


Beliau menjangkakan mereka yang dulu mengundi Bersatu akan beralih sokongan mereka kepada PAS yang kini berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).


Jika itu berlaku, Mohamad Ali berpendapat, BN berpeluang menang di kerusi yang mempunyai majoriti di bawah 1,000 undi. – 12 November 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen