[VIDEO] Positif Covid-19, Takiyuddin tak hadir Parlimen
MENTERI PAS Takiyuddin Hassan yang tidak hadir di Dewan Rakyat hari ini kerana disahkan positif Covid-19.
Justeru, soalan berkaitan kementeriannya akan dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Ahli Parlimen Santubong memberitahu berita tersebut di Dewan Rakyat pagi tadi.
The Malaysian Insight telah menghubungi pegawai Takiyuddin untuk pengesahan.
Mengikut aturan Dewan Rakyat, Takiyuddin sepatutnya menjawab soalan Che Alias Hamid (PS-Kemaman) mengenai usaha yang diambil berhubung pemuliharaan harimau Malaya.– 11 November 2021.
Komen