[VIDEO] PRN Melaka tentukan nasib Bersatu, kata penganalisis
PRESTASI Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka akan menentukan seberapa kuat parti itu dalam politik Malaysia, kata penganalisis.
Tanpa sokongan akar umbi PH di Melaka yang menyokong parti itu pada PRU14 yang lalu, mereka menjangkakan Bersatu mungkin bergelut untuk memenangi undi.
Profesor Madya Universiti Malaya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata Melaka menjadi medan ujian paling tepat untuk Muhyiddin Yassin, Azmin dan Zuraida untuk menunjukkan mereka adalah kuasa yang perlu diberi perhatian selepas memutuskan hubungan dengan Umno.
Sementara itu, Mazlan Ali, penganalisis politik di Universiti Teknologi Malaysia berkata PRN Melaka akan menjadi penentu “hidup atau mati” bagi Bersatu. – 10 November 2021.
Komen