[VIDEO] PH menang Melaka? Batu loncatan untuk Anwar - kata penganalisis
PENGANALISIS dari Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali berkata jika PH memenangi kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri di Melaka, ia akan menjadi batu loncatan kepada Anwar Ibrahim sebagai ketua gabungan.
Jelasnya, prestasi PH di Melaka akan mencerminkan prestasinya pada PRU15. Namun jika keputusannya lebih teruk daripada PRU14, ia menunjukkan pengaruh Anwar mungkin semakin hilang.
Mazlan menambah jika Anwar gagal mendapatkan negeri itu untuk PH, beliau juga akan menghadapi risiko dibandingkan dengan Dr Mahathir, yang membuat kemunculan semula pada PRU14 selepas bergabung dengan pembangkang.– 9 November 2021.
Komen