[VIDEO] Rauf persoal SPR tak gariskan SOP kempen


Sumardi Susilo Noel Achariam

PENGERUSI BN Melaka Ab Rauf Yusoh menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan garis panduan yang jelas peraturan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau mempersoalkan kelemahan badan itu menyelesaikan masalah dihadapi calon yang sukar berkempen dikala endemik.

Calon BN Adun Tanjung Bidara itu turut mempersoalkan aktiviti seperti berkumpul dibenarkan di kedai makan walhal majlis berkempen tidak dibenarkan.

“Kita sudah masuk fasa 4, kedai makan sudah bukak. Ramai dah vaksin. Kenapa berkempen tidak boleh?,” katanya pada sidang media selepas penamaan calon. – 8 November 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen