[VIDEO] Azalina jumpa YDP Melaka cadang RUU anti lompat parti
MENJELANG PRN Melaka, Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said bertemu dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam semalam membincangkan Rang Undang-Undang Regulasi Lompat Parti dan Akauntabiliti Politik yang akan dikenali sebagai RUU Hibrid.
Dalam kenyataannya di Facebook, beliau mencadangkan supaya RUU Hibrid dilaksanakan di Melaka kerana yakin ia boleh menjadi pemangkin kestabilan politik di negeri itu.
Sekaligus, menghalang wakil rakyat melompat parti dan memberi hak bersuara kepada pengundi.– 3 November 2021.
Komen