[VIDEO] Rafizi nak kritik Anwar atau Mat Sabu, tanya Pemuda AmanahRAF


SEORANG pemimpin Pemuda Amanah mempersoalkan agenda sebenar bekas naib presiden PKR Rafizi Ramli menuduh Amanah beriya-iya mahu Pakatan Harapan (PH) menerima wakil rakyat Melaka dari Umno dan Bersatu yang lompat parti.

Exco Pemuda Amanah, Sheikh Khuzaifah Bawezeer hairan maksud sebenar Rafizi apabila menuduh pimpinan Amanah berkeras mahu PH membenarkan tiga bekas Adun Umno dan Bersatu untuk bertanding sebagai calon gabungan itu.

“Adakah Rafizi mahu mencipta persepsi bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim lemah dan terpaksa menanggung akibat orang lain.

“Adakah itu sebenarnya mesej yang beliau nak sampaikan kepada ahli PKR,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 1 November, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen