[VIDEO] Rafizi mahu Amanah pula jawab isu kerjasama dengan 'katak politik'
BEKAS naib presiden PKR Rafizi Ramli membidas Amanah kerana mahu bekerjasama dengan “katak politik” dari Melaka yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri itu.
Ahli Parlimen Pandan itu memetik nama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Pengerusi Amanah Melaka Adly Zahari yang cuba membawa masuk pengkhianat atas dasar ia akan memperkukuhkan Pakatan Harapan di negeri itu.
Dalam kenyataannya di Facebook, dia turut membandingkan perkara tersebut dengan desakan Amanah dan DAP yang mahu menerima Bersatu dalam PRU14 yang lalu. – 1 November, 2021.
Komen