[VIDEO] Apa kerajaan perlu buat untuk ekonomi terus berkembang?
PAKAR ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid berkata kerajaan perlu memberikan bantuan berterusan untuk memastikan ekonomi terus berkembang.
Bantuan isi rumah, subsidi upah dan individu yang bekerja sendiri perlu diberikan kerana ekonomi masih lagi dalam proses pemulihan.
Beliau memberi contoh bantuan subsidi upah yang diperuntukan kepada kerajaan hanyalag RM1bilion iaitu hanya 4 peratus dari jumlah sebenar RM25bilion.
“Bantuan yang diumumkan iaitu Pakej Pemulih akan berakhir hujung tahun ini. Ia perlu diteruskan malah ditambahbaik,” katanya dalam satu temubual bersama The Malaysian Insight baru-baru ini. – 29 Oktober, 2021.
Komen