[VIDEO] Peguam Negara perlu jelaskan kenapa Najib, sekutu dapat kembali pasport, desak Mukhriz


Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

PEGUAM Negara Idrus Harun perlu jelaskan mengapa beliau tidak membantah permohonan dapatkan semula pasport buat sementara oleh beberapa individu terkemuka yang sedang dalam perbicaraan untuk ke luar negara, kata Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata perlu ada penjelasan berhubung perkara itu kerana Pejabat Peguam Negara telah bersetuju dengan permohonan tertuduh untuk ke luar negara atas apa sahaja sebab, sedangkan rakyat yang ada pinjaman pendidikan tinggi kekal disenaraihitamkan.


“Pejabat Peguam Negara tidak langsung mempertikaikan keputusan mahkamah ini. Walhal sebelum ini pasport itu telah dipegang atas permintaan kamar peguam negara, juga LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), kadang-kadang SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pun minta supaya pasport tidak dipulangkan kepada pihak yang dituduh. – 25 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen