[VIDEO] Mahkamah kembalikan pasport Shafee untuk ke New York


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memulangkan sementara pasport milik Shafee Abdullah bagi menguruskan anaknya yang menyambung pengajian di New York, Amerika Syarikat.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan Shafee untuk mendapatkan sementara pasport miliknya bagi menguruskan anak lelakinya yang melanjutkan pengajian di The New School Parson di New York.

Beliau memutuskan pasport akan diberikan kepada Shafee mulai hari ini sehingga 3 Disember. – 25 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen