[VIDEO] Giliran Najib pula mohon pasportnya dipulangkan sementara untuk ke Singapura


SELEPAS isterinya, giliran bekas perdana menteri Najib Razak pula mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan sementara pasport miliknya.

Permohonan tersebut bagi menemani perjalanan isterinya Rosmah Mansor ke Singapura untuk melawat anak perempuan mereka yang dijangka akan melahirkan anak keduanya di sana.

Menurut peguamnya Muhammad Shafee Abdullah, permohonan tersebut akan didengar di Mahkamah Rayuan pada Isnin depan. – 15 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen