[VIDEO] Laksana sistem cukai adil, jangan pilih kasih - kata Dr Muhammed Khalid


Nabihah Hamid Hasmizar Hassan Fikri Ghazali

PUTRAJAYA perlu melaksanakan sistem cukai yang lebih adil dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menambah pendapatan negara.

“Sistem percukaian harus lihat balik. Yang harus berdasarkan prinsip iaitu percukaian yang adil. Bukan hanya tekan orang susah, GST misalnya tetapi golongan kaya cukai tidak dikenakan.

“Kalau ada sistem yang lebih adil, kita dapat lebih pendapatan maka kita dapat membantu program bantuan orang tua dan orang susah,“katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau turut memberi contoh industri getah seperti pengeluar sarung tangan yang tidak dicukai walhal pengeluar kelapa sawit perlu membayarnya.

“Apa yang sangat istimewa tentang syarikat pengeluar sarung tangan. Mereka bukan produktif tetapi disebabkan pandemik, ramai yang mati dan mereka dapat keuntungan,” katanya lagi.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen