[VIDEO] Duit bukan tak cukup tapi kerajaan boros belanja tak tentu hala, kata pakar ekonomi


Nabihah Hamid Hasmizar Hassan Sumardi Susilo

KERAJAAN mampu memberikan lebih banyak bantuan kepada rakyat sekiranya pandai menguruskan dana dan tidak boros, kata pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid.

Beliau kesal kerana kerajaan membelanjakan wang untuk perkara tidak berfaedah seperti peruntukan untuk mengubahsuai rumah perdana menteri di Sri Perdana Putrajaya yang menelan belanja lebih RM30juta.

“Kata tiada duit tetapi perbaiki rumah Perdana Menteri. Mana logiknya? Kata tiada duit tapi kita bina 3 buah dewan. Berpuluh juta juga (kos). Kata tiada duit, kita pilih berapa ramai menteri, berapa ramai penasihat.

“Perbaiki rumah perdana menteri semua ini, tak beri manfaat tapi bantu Makcik Kiah dan orang tua lebih bermanfaat. Kenapa?,” katanya kepada The Malaysian Insight dalam satu temubual baru-baru ini. – 15 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen