[VIDEO] Sertai PKR kerana prinsip dan sejarahnya, kata Adam Adli


Nabihah Hamid Hasmizar Hassan Syazwana Amir Fikri Ghazali

LEBIH 10 tahun tidak menyertai mana-mana parti politik, bekas aktivis mahasiswa Adam Adli sertai PKR sebulan yang lalu kerana merasakan dirinya sehaluan dengan prinsip parti reformasi itu.

Selain itu, Adam, 32, turut tertarik dengan sejarah penubuhan parti selain mengakui lebih rapat dengan pemimpin PKR sejak aktif dalam demonstrasi pelajar sedekad lalu.

“PKR ini lebih sesuai dengan pembawaan diri saya. Saya rasa sejak daripada zaman pelajar lagi sentiasa tertarik dengan PKR.

“Prinsip-prinsipnya dan sejarahnya sendiri. Itu tarikan yang sangat kuat. Kita boleh ikut,” katanya kepada The Malaysian Insight dalam Insight Talk baru-baru ini. – 14 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen