[VIDEO] Jangan abaikan perlaksanaan pendidikan percuma, kata Adam Adli


Nabihah Hamid Hasmizar Hassan Syazwana Amir Fikri Ghazali

PERNAH kecewa dengan Pakatan Harapan kerana tidak melaksanakan manifesto pendidikan percuma sewaktu mentadbir, Adam Adli berkata idea tersebut tidak boleh dimatikan begitu saja.

Malah sekiranya bekas aktivis mahasiswa itu berpeluang menjadi wakil rakyat kelak, isu pendidikan percuma akan menjadi antara agenda utamanya.

“Ada argument macam-macam, sebelum ini dikatakan berkait soal kemampuan ekonomi negara tetapi jangan dimatikan dan dilupakan. Sepatutnya teruskan, ada usaha tempoh dan sasaran.

“Kalau ada orang hari ini jadi kerajaan , esok buat pendidikan percuma. Hutang PTPTN terhapus. Itu bohong. Kena serius bukan lepas batuk di tangga semata-mata,” katanya kepada The Malaysian Insight dalam Insight Talk baru-baru ini.

Adam terkenal dengan perjuangan pendidikan percuma menghapuskan hutang PTPTN sewaktu Barisan Nasional (BN) dibawah pentadbiran Najib Razak.

Bagaimanapun ia tidak dilaksanakan PH meskipun menang PRU14 pada 2018.

Rentetan itu, Adam mengecam pemimpin PH termasuk menuntut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memohon maaf selain menyifatkan Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan sebagai ‘bangsat’. – 14 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen