[VIDEO] 'Connect Rakyat' sasar RM80,000 kutipan, mahu bantu pelajar B40 perolehi peranti


Nabihah Hamid Fikri Ghazali

SELEPAS berjaya membantu 120 pelajar tidak berkemampuan memiliki peranti, ‘Connect Rakyat’ melancarkan sebuah website bagi memudahkan para pelajar memohon bantuan peranti digital.

Pengasas inisiatif ini Nabil Halimi turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai melalui ww.connectrakyat.my yang mensasarkan sumbangan sebanyak RM80,000.

“Kami memohon sokongan daripada orang ramai untuk bersama-sama menjayakan fasa pelancaran platform ini agar lebih ramai pelajar dapat dibantu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Untuk rekod, ‘Connect Rakyat’ merupakan inisiatif bersama ARUS Anak Muda, HungerHurts Malaysia dan Consurv Technic Sdn Bhd meraih dana awam sebanyak RM53,500 dan sumbangan peranti digital yang diguna pakai.

Lebih 120 pelajar yang tidak memiliki peranti digital di sekitar Lembah Klang telah dibantu.  – 8 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen