[VIDEO] Angka kematian Covid-19 cecah 24,000 kes, 334 kes baharu


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

ANGKA kematian Covid-19 kini mencecah 24,078 selepas 334 kematian baharu dilaporkan pada 11.59 malam semalam.

Empat adalah kematian sebenar yang berlaku semalam, sementara baki 330 kematian adalah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini.

Sementara itu, seramai 84 orang dilaporkan meninggal dunia di luar hospital.

Selangor melaporkan jumlah kematian tertinggi semalam dengan 187 kes.

Ia meningkat daripada 130 orang pada hari sebelumnya. Daripada 187 kes, 55 orang meninggal dunia di luar hospital. – 22 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen