[VIDEO] Azhar jelas keputusan batal tawaran Nga pengerusi mesyuarat Dewan Rakyat


YANG di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mengesahkan beliau meminta Ahli Parlimen Nga Kor Ming (Teluk Intan-PH) mempengerusikan sementara mesyuarat Dewan Rakyat semalam tetapi kemudian menarik balik tawaran itu.

Azhar bagaimanapun menjelaskan keputusan yang dibuatnya tidak didorong oleh mana-mana pihak.

“Memang kuasa saya untuk melantik dan meminta mana-mana ahli Parlimen untuk pengerusi mesyuarat untuk sementara sehingga Tuan Yang di-Pertua kembali.

“Saya memang bagi surat pada Teluk Intan (Nga) tapi saya tukar fikiran saat akhir.

“Saya tidak didorong atau ditekan oleh sesiapa, saya guna kuasa untuk tukar fikiran,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. – 21 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen