[VIDEO] RM6 juta bukan rasuah tapi sumbangan politik Datasonic kepada yayasan amal Zahid, kata peguam


SAKSI dari Datasonic Technologies Sdn Bhd dalam perbicaraan Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan jumlah RM6 juta yang diberikan syarikat itu kepada yayasan amal bekas menteri dalam negeri bukan bermaksud penghargaan berikutan, melantik syarikat itu sebagai kontraktor kerajaan, kata pihak pembelaan.

Peguam Ahmad Zahid, Hamidi Mohd Noh memberitahu Mahkamah Tinggi KL, tidak ada tuntutan atau permintaan yang telah dibuat tertuduh.

Ahmad Zahid berhadapan dua tuduhan menerima rasuah RM5 juta dan RM1 juta pada 26 April 2017 dari Datasonic. – 20 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen