[VIDEO] "Kerajaan nak jaga kesihatan MP Pembangkang supaya boleh hadir hari ini" - kata Hamzah


AHLI Parlimen pembangkang yang dihalang memasuki Parlimen pada 2 Ogos lalu disebabkan kerajaan mahu menyekat penularan wabak Covid-19, kata Hamzah Zainuddin.

“Kerajaan hendak menjaga ahli-ahli Yang Berhormat supaya mereka dapat hadir pada hari ini. Sebab ketika itu sudah menjadi satu perkara yang telah diketahui ramai bahawa virus merebak begitu ketara sekali di Parlimen,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Dalam Negeri itu berkata tindakan polis adalah mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang melarang perhimpunan berskala besar. – 14 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • My toes.. laughter outburst, nearly spilt my coffee.... so so hilarious this guy.

    Dimuat naik 2 tahun yang lalu oleh Zamri Jerry · Ulasan