[VIDEO] DAP mahu PM tolak RUU PAS kawal agama


ISMAIL Sabri Yaakob wajib menolak cadangan menteri PAS yang mahu gubal rang undang-undang (RUU) syariah untuk kawal penyebaran agama bukan Islam, kata Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata perkara tersebut berlawanan dengan konsep Keluarga Malaysia yang dicadangkan oleh perdana menteri.

Menurutnya, jaminan Menteri Hal Ehwal Agama Idris Ahmad bahawa pelaksanaan RUU tersebut tidak akan mempengaruhi kebebasan beragama orang bukan Islam itu tidak mempunyai kredibiliti dan tidak meyakinkan.  – 13 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen