[VIDEO] Laporan berita perlu beretika dan beri inspirasi - Suhaimi Sulaiman


Nabihah Hamid Sumardi Susilo Syazwana Amir

PERJUANGAN media bukanlah semata-mata untuk mendapat kebebasan sahaja tetapi perlu diiringi dengan etika dan memberi inspirasi kepada masyarakat, kata Ketua Eksekutif TVS Suhaimi Sulaiman.

“Dalam pada kita memikirkan mengenai kebebasan media, kita kena juga fikirkan kenapa berita seperti ini ditulis. Yang penting ia perlu juga beri inspirasi,” katanya dalam segmen Dari Kaca Mata.

Suhaimi Sulaiman sudah berada dalam industri media lebih 30 tahun itu juga berkata dirinya bangga dengan perkembangan media semakin meluas dan menarik selain maklumat boleh diperolehi dari hujung jari. – 13 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen