[VIDEO] Kaji semula liputan Parlimen, beri ruang pada Utusan dan NST, kata bekas menteri


Nabihah Hamid Sumardi Susilo Syazwana Amir

BEKAS Menteri Komunikasi Salleh Said Keruak menggesa liputan Parlimen dikaji semula dan memberi ruang kepada media seperti Utusan dan News Straits Times.

Katanya, tiada gunanya mengongkong media kerana maklumat mudah diperolehi.

“Kita tidak boleh lagi seperti dahulu, kita ingin kongkong pemikiran masyarakat kerana maklumat itu boleh diperolehi daripada pelbagai sudut dan pelbagai cara.

“Kita harus agak keterbukaan. Pada saya sistem demokrasi yang penting ialah kita harus terbuka dan raikan perbezaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau mengulas dua media iaitu Utusan dan News Straits Times yang buat pertama kali tidak dapat kebenaran membuat liputan sidang Parlimen.

Lebih 70 media dibenarkan membuat liputan termasuk Malaysiakini dan Malaysia Now. – 9 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen