[VIDEO] Yayasan Akalbudi milik Zahid tak alami kerugian, kata peguam


Hasmi Hashim Sumardi Susilo

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Ahmad Zahid Hamidi tidak melakukan kesalahan pecah amanah seperti dalam pertuduhan kerana wang RM10 juta milik Yayasan Akalbudi berfungsi sebagai pinjaman pelaburan kepada Armada Holdings Sdn. Bhd.

Peguam Hamidi Mohd. Noh berhujah, Yayasan Akalbudi tidak mengalami sebarang kerugian kerana wang RM10 juta telah dipulangkan oleh syarikat itu beserta faedah hampir RM70,000 yang dijelaskan melalui dua keping cek.

Wang itu merupakan pinjaman bagi membolehkan syarikat tersebut mendapatkan tender daripada TNB Fuel Services Sdn. Bhd. sebagai pembekal arang batu dari Indonesia.

Menurut beliau, keterangan itu diperolehi daripada saksi pendakwaan ke-21, Wasi Khan @ Wasiyu Zama Israr Ahmad yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Armada Holdings. – 8 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen