[VIDEO] Lantik Dr Mahathir pengerusi MPN
PENGARAH Reset Malaysia Abu Hafiz Salleh Huddin mendesak Mahathir yang juga bekas menteri ke-4 dan ke-7 mengetuai majlis yang digagaskan Majlis Pemulihan Negara.
Beliau melihat kepentingan penstrukturan semula dan memohon Raja-raja Melayu mencampuri isu ini.
“Kami yakin Raja-Raja Melayu melihat apa yang sedang berlaku. Kes tidak berkurang. Mereka yang mati meningkat dan sangat menakutkan. Ini bukan mainan politik dan nyawa manusia.
“Penubuhan semula MPN dengan watak yang sama dan diberikan jawatan bertaraf menteri adalah sesuatu yang cukup mengecewakan sedangkan MPN yang dicadangkan Tun (Mahathir) akan dianggotai oleh semua pakar dalam bidang masing dan mereka berkhidmat secara percuma,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi MPN bertaraf menteri diumumkan Sabtu lalu dan diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri. – 6 September, 2021.
Komen