[VIDEO] Jangan ikut amalan Najib, kata Dr Mahathir pada Ismail Sabri


Nabihah Hamid Sumardi Susilo Syazwana Amir Hasmizar Hassan

DR MAHATHIR Mohamad menasihati Perdana Menteri Ismail Sabri agar tidak mencontohi pentadbiran Najib Razak yang mengamalkan ‘cash is king’ sewaktu mentadbir Putrajaya.

Sekiranya beliau berbuat demikian maka tiada bezanya beliau dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah dirosakkan Najib.

“Dia tidak terlibat dengan kegiatan yang diamalkan oleh Najib, setakat kita tahu tetapi kalau dia ambil orang itu sokong maka dia akan dapat pengajaran yang buruk.”

“Kalau dia kata cash is king. Saya ingat (pimpinan Muhyiddin) tiada perubahan. Ia akan jadi apa berlaku zaman Najib dan Muhyddin,” katanya dalam satu temubual Insight Talk bersama The Malaysian Insight.
Ditanya mengenai apa pandangan beliau tentang kepimpinan Ismail, Dr Mahathir kata ia belum teruji kerana terlalu awal.
“Saya percaya di kalangan orang muda ada yang berbakat tapi kita belum tahu kebolehan mereka.
“Pengalaman mereka kurang kalau berbanding dengan orang yang sudah lama jadi pemimpin,” katanya lagi. – 25 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen