[VIDEO] Pejuang sasar 120 kerusi, jangka tiada parti akan menang majoriti


Nabihah Hamid Hasmizar Hassan Syazwana Amir Fikri Ghazali

TIADA parti politik atau pakatan akan peroleh majoriti mudah dalam pilihan raya umum (PRU) sekaligus menjadikan kerajaan tidak stabil dan akan tumbang bila-bila masa, kata Dr Mahathir.

Situasi ahli Parlimen akan tarik sokongan juga dijangka berlaku, kata bekas Perdana Menteri itu lagi.

Katanya, faktor utama ialah terlalu banyak parti politik yang akan bertanding dan mengakibatkan banyak pertarungan berbilang penjuru hingga mengakibatkan kesemua parti hanya mampu memenangi 20 hingga 30 kerusi saja.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Pejuang akan bertanding 120 kerusi pada pilihan raya akan datang yang majoritinya di kawasan pengundi Melayu. – 23 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen