[VIDEO] Pejuang tandatangan SD untuk sokong Anwar, kata Dr Mahathir


Nabihah Hamid Hasmizar Hassan Syazwana Amir Fikri Ghazali

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim dicalonkan oleh Pejuang untuk menjadi perdana menteri seterusnya selepas empat ahli Parlimen parti itu menandatangani surat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong beliau, kata Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pejuang berkata mereka menandatangani SD berkenaan dengan harapan Anwar akan mempunyai sokongan yang cukup.

“Hanya empat ahli Parlimen dalam Pejuang dan kami menandatangani SD untuk menyokong beliau. Tetapi beliau tak dapat,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 20 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen